| 
  • If you are citizen of an European Union member nation, you may not use this service unless you are at least 16 years old.

  • You already know Dokkio is an AI-powered assistant to organize & manage your digital files & messages. Very soon, Dokkio will support Outlook as well as One Drive. Check it out today!

View
 

Mencari Kecemerlangan Hakiki

Page history last edited by FIZIK MOZAC 15 years, 9 months ago

Setiap kali keputusan SPM diumumkan, soalan utama yang akan ditanya ialah , "Berapa pelajar yang mendapat 10A1?", "Siapa yang mendapat 10A1?", "Berapa peratus dapat 10A?"......Bermakna  mendapat 10A1 merupakan sesuatu yang amat diimpikan oleh seorang pelajar terutama pelajar Mozac..Kiranya itulah pelajar yang cemerlang.

Apa itu cemerlang? Dalam bahasa Inggeris cemerlang bermaksud excellence.  Excellence menurut The American Herritage Dictionary of the Englis Language, bermaksud, " The state, quality, or condition of excelling; superiority."

Di dalam kamus Dewan, cemerlang bermaksud, "bersinar (bercahaya) dengan terang sekali, berkilauan, gilang-gemilang; (berkenaan) kejayaan, keputusan sangat baik."

Mengapa pelajar-pelajar ini dikatakan cemerlang?  Mereka dikatakan cemerlang kerana mereka telah melepasi piawaian / standard yang telah ditetapkan ke atas mereka dengan baik.  Siapa yang menentukan piawaian ini?  Pihak-pihak tertentu di Kementerian Pelajaran.  Justeru, kecemerlangan dapat diertikan sebagai keadaaan  melepasi suatu piawaian yang ditetapkan dengan keputusan yang sangat baik.  Tahniah kepada mereka yang cemerlang ini.  Cikgu doakan semoga semua pelajar Form 5 Mozac tahun ini akan mendapat keputusan yang cemerlang bila keputusan SPM 2008 diumumkan pada tahun depan. InsyaAllah.

 

Namun, dalam kita nak mencapai kecemerlangan ada segelintir pelajar yang membuat salah laku disiplin seperti merokok, membuli, ponteng kelas ,menceroboh keluar sekolah tanpa kebenaran dan mencuri.  Inilah pelajar yang menjadi duri dalam daging bagi sekolah untuk mencapai kecemerlangan.  Bagaimana pelajar yang cemerlang di Mozac ini boleh menjadi pelajar yang nakal dan melakukan perkara yang melanggar disiplin sekolah? Kalimat cemerlang dan nakal mempunyai nilai yang berlawanan.

 

Ini menunjukkan, kecemerlangan yang dicapai di dunia ini, sama ada dalam bidang akademik, kerjaya, sukan, perindustrian, hiburan dan lain-lain, hanyalah kecemerlangan jangka pendek yang sempit berbentuk sementara.  Ia bukan kecemerlangan hakiki.  Malah, kadangkala kecemerlangan dunia ini memperdayakan manusia seperti yang berlaku kepada Qarun.  Dia terperdaya dengan kekayaan dan harta benda sehingga akhirnya mendapat kutukan daripada Tuhan.  Allah berfirman yang bermaksud dalam surah asy-Syura ayat 36, "Maka sesuatu apa yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia, dan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan bertakawakal kepada Tuhan mereka."

 

Kecemerlangan hakiki adalah kecemerlangan kemuncak yang tidak memerlukan kecemerlangan lain selepas itu.  Islam membicarakan berkenaan kecemerlangan kemuncak ini. Dalam surah Ali Imran ayat 185, Allah menyatakan yang bermaksud, "Tiap-tiap jiwa akan merasai mati.  Dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan pahalamu.  Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka dia telah beruntung.  Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur)."

 

Justeru, kecemerlangan yang hakiki adalah memasuki syurga yang disediakan Allah.  Walau bagaimanapun, Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia.  Ia mempunyai kepentingan.  Namun, kecemerlangan di dunia hanya bermakna apabila ia menjadi alat bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. 

Imam Ghazali, di dalam Ihya Ulumuddin bab Syukur, apabila menceritakan berkenaan kecemerlangan kemuncak di akhirat berkata, "Ciri-ciri kebahagian di akhirat (yang tidak ada di dunia) boleh dibahagikan kepada empat.

1.  Keadaannya kekal abadi.

2.  Kegembiraannya berkekalan.

3.  Tidak wujud lagi kejahilan selepas itu.

4.  Tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu.

 

Nabi berkata,"Kesempurnaan nikmat adalah memasuki syurga."  Hadis ini dilaporkan oleh Imam Tirmizi.

 

Oleh kerana syurga adalah milik Tuhan, piawaian bagi memasukinya ditetapkan oleh Tuhan.   Umat Islam dapat mengetahui piawaian ini melalui Quran.  Hanya dengan mengikut formula Quran sahaja dan dibantu oleh sunnah, umat akan cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat.

 

Rujukan buku Tip-tip cemerlang daripada Quran.

Comments (0)

You don't have permission to comment on this page.